Discover and read the best of Twitter Threads about #TarbiahSentap

Most recents (9)

KENAPA ORANG JAHAT 'PANJANG UMUR'?

Sejak dari zaman sekolah, saya sering dengar kata2 bahawa orang jahat ni biasanya panjang umur. Dan orang baik-baik selalu meninggal dunia awal. Dan bila saya makin dewasa, saya pun perasan perkara yang sama.

Saya pun tertanya-tanya, kenapa?
Agak-agak kenapa ya?

Hinggalah satu hari, saya terbaca buku karya Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, di mana dia ada menyebut bahawa perkara ini sebenarnya SUDAH DIJELASKAN oleh Allah di dalam al-Quran.

Ye ke?
Ya, Allah dah jelaskan hal ini di dalam al-Quran.

Ini seperti mana yang disebutkan di dalam surah al-Fatir ayat ke-37, di mana Allah berfirman yang bermaksud...
Read 9 tweets
Pernah tak dalam hidup kita, atau sekurangnya, seminggu dua ni, hati kita rasa kosong je. Rasa macam tiada apa-apa perasaan.

Bahkan, kadang2 rasa tak tenang dan gelisah. Jiwa pun rasa kusut je. Rasa macam ada yang tak kena, tapi tak tahu apa dia.

Kenapa semua ni berlaku?
Ada banyak sebab. Antaranya mungkin,

1. Sebab tak tahu tujuan hidup kita.

Sebenarnya, masih ramai lagi di kalangan kita yang tak tahu, apa tujuan kita hidup sebenarnya. Khususnya Muslim.

Kenapa Allah ciptakan kita?
Jawapannya mudah,

Untuk beribadah (Surah Ad-Dzariyat : 56) dan menjadi khalifah (al-Baqarah : 30).

Cuba kita hadam tujuan ni betul2. Kalau tak, kita akan hilang arah tuju. Sama macam orang bekerja. Kenapa nak bersemangat bekerja kalau tak nampak apa tujuannya. Kan?
Read 11 tweets
KITA DAH BACA AL-QURAN KE HARI INI?

Jangan pernah lupa membaca al-Quran walaupun sehari. Dan walaupun hanya satu muka surat.😭

Kadang2, kita tak perasan yang kita dah abaikan Al-Quran.
Kadang2, kita tak perasan yang kita ni lalai.

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
Ye lah, orang yang lalai, dia tak akan perasan yang dia lalai, bahkan dia akan pertahankan bahawa dia tidak lalai.

Cuba buat kira2.

Kalau kita baca quran sehari 1 juz, setahun, kita dapat khatam al-Quran sebanyak 12 kali. Satu juz tu dalam 40-50 minit je kalau lancar.
Kalau tak lancar, mungkin sekitar 55 minit hingga 1 jam.

Kalau kita baca Al-Quran sehari 10 muka surat, setahun kita dah dapat khatam al-Quran sebanyak 6 kali. 10 muka surat tu dalam 15 minit hingga 30 minit je.

Kejap je.
Read 10 tweets
30 KESAN MAKSIAT.

Pernah tak kita terfikir, setiap kali maksiat yang kita buat, apa kesannya pada diri kita? Sama ada jangka pendek atau panjang.

Kita kena faham, antara ciri2 maksiat ini adalah,

1. Ia pasti ada PUNCANYA.
2. Ia akan beri kesan sampingan. Pasti.
Bak kata orang putih, setiap perkara yang berlaku mesti ada cause & effect-nya.

Jadi apa kesan2 maksiat yang kita buat? Ini adalah #Thread pnjang. Moga kita sama2 muhasabah dan usaha tinggalkan maksiat masing2. 😭

#IniThreadTS
#ShukeryAzizan
1. Nafsu tidur bertambah

Bila hidup dlm maksiat, secara tak langsung nafsu tidur bertambah dgn mendadak. Disebutkan oleh Imam Hassan al Basri, 


"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".

(Al-Maqrizi)
Read 45 tweets
BETUL KE SENANG NAK TINGGALKAN MAKSIAT?

Ramai org kata, susah gila nak tinggalkan dosa maksiat ni. Yelah, sebab dah ketagihkan. Tapi sebenarnya, kalau korang nak tahu, nak tinggalkan dosa & maksiat ni senang je. Serius.

Jom teruskan baca.

#IniThreadTS #TarbiahSentap
Macam saya sebut, nak tinggalkan maksiat & dosa ni senang je. Tapi kena baca SAMPAI HABIS. Ok contohnya?

1. Kalau dah bercouple bagai, senang je nak minta clash. Cakap je la nak clash.

2. Kalau nak berhenti rokok, buang je la rokok yang ada di kocek ke tong sampah.
3. Kalau upload gambar tak tutup aurat, delete je la yang ada di FB, ig, twitter, dll.

4. Kalau selalu tengok video lucah, delete je la video yang ada pada laptop/handphone, atau pasang plugin block daripada access ke website lucah.
Read 23 tweets
Kita pasti nakkan semua yang terbaik dalam hidup ini, kan?

Mana ada orang nakkan yang terburuk dalam hidup. Kalau boleh, daripada lahir sampailah ke tua, semuanya nak yang terbaik. Itupun kalau bolehlah.

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group, selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.
Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi pekerja yang terbaik.
Read 10 tweets
Maha pengampunnya dan cintanya Allah pada kita, hampir saja kita tiada dosa. Fuh, betulkah?

Tenang.. Jangan terkejut dulu..

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
#PujukanDariTuhan
Bayangkan, sepanjang hidup ni, berapa byk kali kita dah buat dosa? Banyak, serius byk. Tak kisah sama ada dosa besar atau kecil. Kalaulah malaikat pencatit dosa itu ada sifat penat dan putus asa, mungkin dia dah "letak jawatan" sebab penat sangat mencatit banyak sgt dosa kita!
Tetapi... Cintanya Allah kepada kita, banyak kali Allah beri peluang untuk kita hapuskan semua dosa2 tu.

Baaanyak kali. Buktinya?
Read 17 tweets
Mak nyah boleh masuk tandas perempuan?

1. Sekarang ada orang marah, kita kena berlembut dengan golongan LGBT ni. Nanti mereka akan lari. Beginilah. Golongan LGBT ini ada dua jenis,

#inithreadaku
#retweet
#LGBT
#CegahLGBT
#LiberalLogic
a) Golongan LGBT yang TAHU dan SEDAR apa mereka buat tu salah, tetapi susah nak berubah sebab faktor keliling. Mereka tak pernah perjuangkan pun hak nak jadi LGBT.
Contohnya yang diliwat sejak kecil, lalu besar jadi gay. Atau sejak kecil dihiaskan dengan pakaian perempuan sedangkan dia lelaki, dah besar jadilah transgender.

Saya tak nak sebut faktor genetik. Sebab kesannya cuma 1/3 je kepada peribadi seseorang.
Read 16 tweets
APA KESAN MELEWATKAN SOLAT?

Ramai orang hari ini yang tak rasa apa2 bila melewatkan solat. Bahkan tinggalkan solat terus pun ramai juga. Siap berbangga pula tu. Ada yang kata,

"Aku tak solat, tapi exam straight A's je"
"Kawan aku tak solat, tapi exam 4 flat."

#IniThreadTS
Sebab ramai orang yang lewat/lengahkan solat dengan SENGAJA ni TAK PERASAN yang banyak kesan daripada perbuatan mereka. Antara kesannya adalah ;

1. Dosa besar. Rasulullah beritahu dalam satu hadis,
"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan (uzur menurut syarak), maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar".

(Riwayat Al-Hakim)
Read 6 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!