Discover and read the best of Twitter Threads about #MedTweetMY

Most recents (24)

Apa guna makan ubat kalau kena makan sampai mati?

Soalan yang bagus. Benar, untuk sesetengah keadaan, ubat perlu dimakan sepanjang hayat.

Tapi pertama sekali, kita kena faham apa definisi ubat.
Ubat adalah apa apa bahan yang bila dimasukkan ke dalam badan, ia boleh MERAWAT, MENGAWAL, atau MENCEGAH penyakit.

Jadi fungsi ubat ni bukan semata mata menyembuhkan penyakit. Kerap kali fungsi yang lebih penting adalah mengawal penyakit supaya badan kekal sihat.
Kebiasaannya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dll.

Ubatan bagi penyakit ini perlu dimakan sepanjang hayat. Jika diambil konsisten mengikut dos, komplikasi buruk kesihatan dapat dicegah.
Read 8 tweets
Bila kita makan di restoran & ada yang tercekik, macam mana nak bantu?

Heimlish maneuver.

Caranya:
1. Berdiri di belakang orang itu. Letakkan satu kaki sedikit di hadapan yang lain untuk keseimbangan. Lingkarkan lengan anda di pinggang. Tundukkan orang itu sedikit ke hadapan.
2.Buat penumbuk dengan sebelah tangan. Letakkannya sedikit di atas pusat orang itu

3. Genggam penumbuk dengan tangan yang lain. Tekan kuat ke dlm perut dgn tujahan yang cepat ke atas; seolah-olah cuba mengangkat orang itu

3. Lakukan 6-10 tujahan perut sehingga sumbatan hilang
Macam mana nak tahu seseorang itu tercekik?

1. Tak boleh bercakap
2. Kesukaran bernafas/pernafasan bising
3. Batuk, yang mungkin lemah/kuat
4. Kulit, bibir dan kuku menjadi biru atau kehitamam
5. Kulit yg memerah, kemudian menjadi pucat atau berwarna kebiruan
6. Hilang kesedaran
Read 8 tweets
Dalam kesihatan awam, untuk kes-kes ILI, kami telah mempunyai sistem survelan yang amat baik. Salah satunya adalah survelan sentinel yang mana ada klinik yang terpilih di dalam satu daerah yang akan mengambil sampel klinikal yang akan dihantar ke makmal dan laporan harian ke PKD.
Jadi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) akan mengambil maklum jika terdapat peningkatan kes-kes ILI di daerah dan akan melaporkan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan JKN ke KKM HQ.

Oleh kerana itu, kita boleh tahu jika terdapat outbreak of ILI seperti keadaan sekarang ini.
Diharapkan supaya orang ramai boleh menjaga kesihatan dan kebersihan diri serta mengamalkan kaedah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti.

#PublicHealth #MedTweetMY
Read 4 tweets
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius.

Kebanyakan kes adalah RINGAN.

Untuk sesetengah kes, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.
Bagi negara-negara yang beriklim sederhana, kejadian wabak kerap kali berlaku semasa musim sejuk.

Untuk negara seperti Malaysia (negara tropika di sepanjang garisan Khatulistiwa), kejadian wabak berlaku sepanjang tahun tanpa mengikut musim yang tertentu.
Tempoh inkubasi adalah pendek iaitu 1-2 hari, boleh sehingga 4 hari.

Antara gejalanya:
✅Demam
✅Selesema
✅Sakit tekak
✅Batuk
✅Sakit kepala
✅Sakit badan
✅Sukar bernafas
✅Cirit birit dan sakit perut (khususnya dikalangan kanak-kanak)
Read 14 tweets
Rajutan malam-malam ini, hanya nak berikan rumusan kepada bidang kesihatan wanita dan kehamilan;

1. Kesihatan wanita ini merangkumi daripada pengamalan gaya hidup sihat, BMI unggul, diet yang sihat dari awal hingga akhir usia.

2. Pastikan anda bersedia untuk hamil sebelum
mencuba untuk hamil. Asid folik 3 bulan sebelum, kawalan kesihatan optimum, ubat-ubatan bukan teratogenik. Ini konsep merancang keluarga.

3. Jika tidak bersedia untuk hamil, amalkan konsep merancang keluarga. Tidak menggunakan perancang/tidak memahami konsep merancang, anda
sebenarnya merancang untuk hamil secara 'accident'. Ia akan jadi masalah bila kesihatan tidak optimum. Komplikasi boleh berlaku.

4. Bagi yang ada masalah haid/tidak haid, PCOS, endometriosis, kesuburan dll, pastikan anda hadir temujanji susulan yang diaturkan kerana komplikasi
Read 6 tweets
Kerap bersin, selesema, gatal & berair mata ketika bangun tidur? Keadaan biasanya menjadi lebih baik selepas beberapa lama.

Ini mungkin petanda anda ada alahan pada hama habuk (dust mite). Ia hidup di katil kita dengan makan kulit kering yang jatuh.

(1/2) #MedtweetMy
Ada 3 tindakan yang boleh di ambil:

i. makan ubat antihistamin e.g Piriton, Zyrtec yang boleh di beli di farmasi.
ii. pergi dapatkan rawatan jika gejala semakin teruk.
iii. elak hama habuk.

Untuk elakkan boleh tukar sarung bantal & cadar sekali seminggu. Vakum bilik. (2/2)
Saya baru meninjau PerySmith 700W Dust Mite Vacuum Cleaner XTREME Series V10 (shp.ee/w9yrnhz). Namun, sebagai peminat Xiomi saya juga sedang menimbangkan untuk memiliki Xiomi Mijia Dust Mite Vacum Cleaner ( shp.ee/64gggpj ).
Mohon kongsikan pendapat anda.
Read 3 tweets
Salah satu soalan yang paling common bagi pemilik-pemilik haiwan kesayangan adalah berkenaan pengembirian/neutering. Here are the FAQ about spaying and advantages of spaying in cat (Thread post) #MedTweetMy
Pengembirian/Spay/Neutering pada haiwan merupakan procedur pembedahan dimana organ pembiakan bagi betina (ovari + rahim) dan jantan (buah zakar) dibuang.

Semasa pembedahan dijalankan kucing akan dibius secara penuh, tidak sedar & tidak merasa sakit.
Brapa lama procedure pembedahan tu?

Betina - 30 minit hingga 1 jam
Jantan - 15 hingga 20 minit

Jantan lebih senang berbanding betina kerana organ pembiakan si jantan berada diluar, organ pembiakan betina berada dalam abdomen & satu alat khas akan digunakan untuk keluarkan rahim
Read 8 tweets
Di dalam kajian saintifik,

Satu perkara yang perlu diingatkan adalah

“Statistical association is not necessarily a causation”
Kami menggunakan Bradford Hill’s view points untuk establish the causation. Ada 9 points iaitu:
1. Strength of association
2. Temporal relationship
3. Dose response relationship
4. Biological plausibility
5. Consistency
6. Specificity
7. Coherence
8. Source of evidence
9. Analogy
Sebab itu di dalam kajin saintifik, kami tak boleh melihat HANYA SATU KAJIAN. Kena ada banyak kajian supaya semua points di atas dapat dijawab.
Read 6 tweets
Saya sedih membaca luahan dari pesakit ini.

Beberapa pandangan saya mengenai peristiwa ini.

1. Penyakit darah tinggi terdiri daripada primary atau secondary. Primary maksudnya pesakit tiada penyakit lain yang menyebabkan hypertension. Secondary bermakna ada penyakit lain.
Untuk adik ini, boleh disebabkan oleh primary atau secondary.

2. Primary hypertension bukan lagi penyakit orang berusia, akan tetapi orang muda juga sudah semakin ramai yang mendapat penyakit hypertension.
3. Saya mohon sangat-sangat jika sudah ada satu bacaan yang tinggi, jangan sesekali berhenti dari melakukan saringan, teruskan membuat pemeriksaan tekanan darah secara berkala untuk mengetahui adakah tekanan darah yang tinggi itu adalah berterusan.
Read 11 tweets
Anda ada atrial fibrillation?

Anda faham apa itu atrial fibrillation?
Anda faham mengapa anda perlu makan ubat cair darah?

Follow bebenang ini

@MedTweetMYHQ
#MedTweetMY
Atria fibrillation adalah masalah rentak jantung yang tidak sekata dan ianya boleh menyebabkan rasa jantung berdenyut laju, berdebar dan rasa jantung turun-naik dengan cepat.
Simptom Atrial flutter adalah

- Jantung rasa berdebar secara tiba-tiba
- Cepat rasa penat
- Sesak nafas
- Rasa hendak pitam
- atau sesetengah pesakit tidak mempunyai apa- apa simptom
Read 7 tweets
For Junior Doctors

Have you guys heard of Chiladaiti syndrome?

I'm sharing my case from HTAN, Pilah and how I managed this case.

@MedTweetMYHQ
#MedTweetMY Image
62 y.o guy with
- PTB on intensive phase day 40
- dm
- hypertension
- dyslipidemia

Came with right hypochondriac and epigastric tenderness
- associated with nausea and vomiting
- no fever
- reduced oral intake
- able to pass flatus and BO
- no aggravating or relieving factor
Cxr
- showed consolidation over right upper zone
- bowel shadow below right diaphragm

Patient was treated for chiladaiti syndrome
- ryles tube free flow
- keep nil by mouth
- lactulose 15 mls tds
- IVD for hydration Image
Read 9 tweets
Suatu pagi di klinik Telinga, Hidung & Tekak ::

Pesakit : Dr, saya ada sinus. Macam mana nak rawat?
Dr : Alhamdulillah, awak patut bersyukur awak ada sinus.
Pesakit : eh Dr, kenapa pula?? Bukan sinus itu penyakit ke?
Dr : Bukan. Itu adalah struktur normal dalam badan kita.
Pesakit : ooo...boleh Dr jelaskan lagi....
Dr : Begini......

Ini adalah antara pertayaan yang sering kali diungkapkan oleh pesakit ketika datang berjumpa Dr di klinik ENT. Ingin saya perbetulkan salah faham ini.
Secara ringkas Sinus merupakan salah satu rongga atau ruang dalam badan kita. Sinus hidung (paranasal sinus) pula merupakan ruang udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak muka dan mempunyai 4 pasang seperti gambar di atas.
Read 4 tweets
Hakikatnya, dalam konteks pandemik sekarang ini, kami (paramedik dan doktor), bukanlah frontliners tetapi lebih kepada your last line of defence. Once you all kena, kami yang akan sambut. Once you all kena, you all cuma boleh doa janganlah you all masuk pesakit kategori 3,4 or 5
Once you all kena, you all better doa kami masih mampu ambil you all dari rumah there and then dan bukan kena tunggu sehari atau lebih dari itu. Once you all masuk kategori 3-5, better you doa harap2 adalah cukup katil ICU back up untuk you. Once you all masuk ICU,
better you all doa, staf masih ada untuk jaga you 1 to 1 dan bukan 1 to 4 patients. Dan better you all doa staf yang jaga you tu belum burnout. Dan better you all doa siap2 yang you masih ingat Tuhan masa nak masuk fasa nazak. Dan better you all doa yang your love ones disaring..
Read 7 tweets
"Dr, gegendang telinga saya bocor. Bolehkah ia sembuh kembali?"

Ini antara persoalan yang kerap di tanya oleh pesakit saya sebaik di rujuk ke Klinik Pakar ORLHNS.

Nak tahu jawapan? Jom ikut bebenang dibawah: 👇

Dr Epul
Pakar ORLHNS
Begini lah rupa gegendang telinga yang bocor, hampir 50%. Untuk tahu bolehkah ia sembuh kembali, kita perlu tahu punca atau faktor penyebab berlakunya kebocoran gegendang telinga ini.

Ringkasnya, paling biasa saya jumpa di klinik disebabkan oleh trauma & jangkitan kuman
1) Bocor disebabkan oleh trauma

Contoh:
-korek telinga menggunakan besi atau cotton bod tanpa sengaja tercucuk sehingga bocor
-ditampar kuat sehingga menyebabkan bocor
-kesan hentakan akibat jatuh

Kebiasaanya, kebocoran gegendang disebabkan oleh trauma boleh pulih sendiri.
Read 7 tweets
"Doktor, jari anak saya ni tersepit pintu. Jadi hitam kuku dia. Bahaya tak?"

Tersepit jari pada pintu adalah kecederaan yang lazim untuk kanak-kanak. Sama ada pada pintu rumah, tingkap atau pintu kenderaan.

Thread #MedTweetMY Image
Bergantung pada berat pintu dan kekuatan hentaman, kecederaan boleh ringan mahupun berat.

Berikut adalah jenis kecederaan yang boleh berlaku dan cara merawatnya untuk menjamin kesembuhan yang optimum.
1. Bengkak: ini terjadi kerana tisu yang tercedera mengalami keradangan (inflamasi). Cara nak kurangkannya, adalah dengan melakukan tuaman ais pada bahagian yang bengkak pada hari pertama dan kedua kecederaan.
Read 10 tweets
Jika anak terjatuh dan terhantuk kepala ada beberapa perkara yang ibubapa perlu periksa pada anak. Mohon ingat perkara-perkara ini dengan baik.

Bebenang #MedTweetMY
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
Read 13 tweets
Ditanya tentang video dan mesej ini melalui whatsapp. First, saya tak pasti sama ada gambar packaging tersebut adalah packaging sebenar vaksin yang diuji.

For the sake of arguments, kita assume yang ia packaging sebenar.
Kajian yang dirujuk merupakan pre clinical study oleh pengkaji lain dan bukannya pengeluar.

Pengkaji ingin melihat bagaimana vaksin bertindak apabila dimasukkan ke dalam sel manusia. Oleh itu, MRC-5 cells digunakan.

in.reuters.com/article/uk-fac…
Dalam video tersebut, ada 3 isu yang dibangkitkan.

1. Recombinant DNA
2. MRC-5 cells
3. Adverse drug reactions

Walaupun (2) tidak digunakan dalam vaksin ini, saya akan terangkan apakah MRC-5 cells.
Read 8 tweets
MASALAH TIDUR BERKAITAN ISU KESIHATAN MENTAL
1. Sukar untuk mula tidur. Ambil masa lama sebelum boleh tidur. Berasa resah gelisah dan penat kerana cuba juga untuk tidur
2. Tidur yang mudah terjaga & sukar pula untuk tidur semula
3. Tak dapat tidur langsung
4. Kerap mimpi buruk
5. Bangun terlalu awal tetapi mood dan perasaan kelaut
6. Tak rasa nak tidur langsung
7. Terlalu banyak tidur walaupun bukanlah nak tidur sangat
8. Waktu tidur berubah dari malam menjadi tidur siang
9. Tidur tapi tak rasa macam tidur. Badan dan minda letih sama je
Cara atasi? Amalkan sleep hygiene seperti disenaraikan:
1. Elakkan minuman berkafein, gula tinggi & minuman tenaga pada lewat petang dan waktu malam
2. Amalkan waktu rutin tidur dan bangun tidur yang sama (walaupun tak boleh tidur)
3. Elakkan melihat jam selepas melewati waktu..
Read 8 tweets
Hari ini giliran nasihat yang mudah. Cerita kita simpan dahulu. Hehe.

3 Persediaan Penting Sebelum Hamil

...

Ibarat ladang yang perlu dijaga, disiram dengan air dan baja, begitulah juga wanita yang sedang berusaha untuk hamil atau 'trying to conceive' (TTC).
Perlu ada 'setting' yang baik agar tanaman yang diharapkan akan tumbuh dengan subur.

Perlukan tapak yang gembur dan subur, air yang cukup serta cahaya matahari yang menyinari.

Untuk hamil pula 'setting' yang bagaimana?
Persediaan penting untuk hamil ini perlu ditekankan. Ramai masih keliru apabila ditanya mengenainya.

Kebiasaannya, persediaan bakal ibu banyak berkisar persiapan menyambut bayi. Baju, barut, minyak telon, 'diapers'. Tetapi si ibu mungkin tidak optima persediaan dirinya sendiri
Read 20 tweets
BUNTING PELAMIN DAN KERISAUAN SANG ISTERI

Rasanya ramai yang tahu apa maksudnya terma Bunting Pelamin.

Ia berlaku apabila si isteri hamil sejurus selepas berlangsungnya pernikahan.

Kalau dikira-kira, doktor atau bidan akan kira usia kehamilan lebih daripada usia pernikahan. Image
Dan akan timbullah isu kehamilan itu anak siapa?

Bagi makcik bawang yang tidak faham, akan mengupas bawang sampai lunyai. 😑

Dan ada suami pula akan secara tiba-tiba samada terpengaruh atau tidak dengan makcik bawang, mempersoalkan kandungan isterinya. 😰.

Jangan segera
menuduh isteri tidak setia atau sudah ditebuk dara sebelum nikah, takut-takut anda yang sebenarnya tidak tahu dan tidak faham isu sebenarnya. Dara tidak dara, hanya anda dan isteri yang tahu.

Saya terbaca persoalan di salah satu grup FB daripada seorang isteri perihal ini.
Read 9 tweets
“Pernah dengar tak makin besar bayi, makin kurang gerak sebab ruang di dalam rahim kecik nak tampung bayi? Betul ke tak betul awak rasa?”

Laju sahaja aku tengok anggukan si bakal bapa ini. Macam burung belatuk lagaknya.

“Kalau ikut logik, betullah doktor. ‘Space’ sudah makin
kurangkan, bayi tidak bebas bergerak.”

Mitos yang membahayakan. Wajib dibanteras.

---

Masih ingat lagi bila kali pertama merasai pergerakan bayi di dalam kandungan?

Perasaan tentunya sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, bukan? Lebih-lebih lagi apabila anak yang dikandung
adalah anak yang ditunggu sejak sekian lama.

Kebiasaannya, pergerakan bayi pertama kali dapat dirasai ketika kandungan berusia 18 hingga 20 minggu. Si ibu bakal merasai keaktifan bayi dan pergerakan menjadi semakin teratur ‘pattern’nya. Sehinggalah hari terakhir bayi di alam
Read 15 tweets
"Doktor, saya tidak boleh tinggallah kopi doktor, rasa janggal je sehari tidak pekena kopi. Saya ni hantu kopi doktor, entah-entah hantu pun tak macam saya."

Diey berlelucon pagi-pagi ini.

“Memanglah hantu pun takut, dia kata macam gila iseng kot!”

Ok.
Sebelum korang nak rasa aku merapu, ini pesakit yang biasa berjumpa denganku di klinik, sudah jadi baik mudah bergurau. Oppsss…!

“Kot-kot ada drakula yang hisap darah malam-malam tak tahulah!”

“Ish, doktor!”

---

Semasa mengandung, antara masalah yang biasa dialami oleh
wanita ialah masalah kurang sel darah merah atau ‘anaemia’. Antara simptom yang biasa diadu kepada doktor atau jururawat di klinik ialah kepenatan.

Ada yang cepat mengah semasa berjalan atas permukaan yang landai atau semasa menaiki tangga
Read 13 tweets
Ala doktor, tu sebab saya makan 'cheese cake' tu yang sangkut tu. Tak boleh ke tak ambil insulin ni? Saya janji selepas ini saya kawal diet saya, tak makan manis-manis dah."

"Sebaiknya kena ambil, sebab beberapa minggu selepas Puan mula dikesan ada kencing manis semasa hamil, Image
doktor di KK dah mulakan dengan cara kawal pemakanan terlebih dahulu. Jika masih merah macam ni, kena mulakan dengan ubat-ubatan. Bacaan ini sangat tinggi Puan. Bahaya kepada bayi dan Puan."

---

Yang pernah minum air gula mesti terbayang-bayang di deria rasa sekarang ni.
Rasa air gula pekat likat tu. 🤢

Bab nak telan tu yang payah tu, selepas tu takut pula nak tahu nombor magik yang akan keluar, yang menentukan kita dapat kencing manis ke tak masa hamil ni.
Read 21 tweets
AWAS..!!

Jika anda hilang deria BAU semasa wabak COVID-19 ini, anda perlu berhati-hati kerana anda KEMUNGKINAN menghidapi COVID-19.

Betul ke Doktor? Jom ikuti bebenang ini 👇👇
Satu kajian yang dijalankan oleh Pakar Perubatan di King College London mendapat hampir 60% pesakit yang +ve Covid-19 ini mempunyai gejala hilang deria bau (anosmia).
Pakar ORL di sebuah Hospital Osaka juga berpendapat

" Jika pesakit mengalami gejala hilang bau & rasa walaupun tiada gejala batuk atau selsema, Doktor perlu lebih berhati2 & perlu menyoal lebih terperinci lagi."
Read 8 tweets

Related hashtags

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!